Rayuan Rindu...

Sahabat..

Aku rindu padamu...

Aku rindu pada suaramu..

Terbayang senyum tawamu..

ingatkah lagi..suatu ketika dulu, kita bersama menuntut ilmu...

Bersama mengharungi pahit getir mencari petunjuk-Nya..

oh indahnya...

namun kini, kita terpisah jauh di serata bumi...

bertemu pelbagai ragam dan latar belakang manusia..

hanya teknologi menghubung kita...

di kejauhan, aku memerhati dirimu..

semakin cantik..semakin matang..semakin dewasa..

namun, setiap kali melihat dirimu dari kejauhan..

hatiku sebak...pedih..sedih...

dimana srikandi yang dahulu bertutup rapi??

dimana muslimah yang satu ketika dahulu malu pada ajnabi??

masih adakah mereka yang dulu ku kenali?

maafkan aku..kerana gagal menjadi sahabat yang baik..

hingga dirimu terbiar tanpa peringatan...

maafkan daku lantaran leka dalam bersahabat..

namun aku ingin kau tahu... 

aku sayang kamu..

aku tahu kau juga sayang dirimu...

maka tanyalah dirimu :

"adakah dengan pakaian ini aku akan dicintai Allah?"

"adakah pakaian ini mencukupi syarat wajib menutup aurat?"

"cukupkah sekadar rambut dan leher aku terlindung dari mata lelaki?"

"apakah perasaan Rasulullah jika melihat diriku sekarang? adakah baginda tersenyum, atau mengalir air mata?"

tanyalah diri, bukakan hati...

aku tahu, hatimu masih lembut untuk menerima rayuanku ini...

sahabat, aku merayu...

sedarlah..diakhirat nanti kita GOLONGAN YANG BELAJAR AGAMA akan ditanya,

apakah yang ilmu kita sekadar lulus periksa?

adakah kita menjadi ikon remaja dalam perkara baik? ataupun sebaliknya?

ingatlah, 'DI MANA BUMI DIPIJAK, DI SITU ISLAM DIJUNJUNG'..!!

selagi berpijak dibumi Allah ini, patutkah kita membelakangi perintah-Nya?

sahabat...

aku sedar, aku tidak layak berbicara..

kerana aku sendiri penuh dosa..

namun aku mahu kau percaya..

aku sayang padamu..selamanya...

-AnakMithALI-

0 comments:

About uS...?

actually, we're SMAKJianz from 16th generation.

Untuk menjadi ahli kehormat, anda hanya perlu meng'accept' 'invitation' yang telah dihantar oleh admin ke dalam peti e-mail anda.

Perhatian: Sila gunakan nama anda yang sebenar, atau nama yang dikenali.