TUNGGAK 17

dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim
kami pelajar SMAKJ
berikrar dan bersetia
bahawa kami akan :-
menumpukan sepenuh perhatian dan tenaga
dengan belajar bersungguh2 dan tekun
untuk mencapai kecemerlangan dalam
kurikulum dan kokurikulum
beserta pengamalan kehidupan harian yg berteraskan alQuran dan Sunnah.

kami juga berjanji
untuk menampilkan dan menyanjung nilai2 berikut :-
berdisplin
menepati masa
berketrampilan
bertanggungjawab
berprihatin.

kami juga berjanji
akan mematuhi dan mengenang jasa ibu bapa dan guru
menghargai dan menghormati rakan
serta menjaga dan mempertingkatkan nama baik SMAKJ.

semoga kami menjadi warga negara yg berjasa
kepada agama,bangsa dan negara.

demikianlah ikrar dan persetiaan kami.

hurm..ak t'tnye2..npe ye agkny ikrar neh dnamekn ngn tunggak 17??adekh sbb ikrar neh maujud time batch ke 17?de pe ngan angka 17?knp ngn 17?n ak pun x t'pk ntuk pi tnye ckg2 sepjg hyt ak kt sne..n skg ak mpsoalkn..anybody can giv me da answer??

SEKOLAHKU YANG TERCINTA-PART 1

(Bacaan untuk X-SMAKJ sahaja)

DAURAH PEMANTAPAN USRAH DAN QIADAH

Program ini dianjurkan atas kesedaran untuk melihat perlaksanaan aktiviti Usrah di SMAKJ menjadi lebih baik dan bermutu disamping menggilap potensi kepimpinan di kalangan pelajar. Diketuai oleh Sdr. Ali Hanafiah (Batch 13) sebagai pengarah dan dibantu oleh Zahidah (Batch 14) telah berjaya melaksanakan program ini pada 13 hinnga 15 Jun lalu. Program bermula pada hari jumaat iaitu pada jam 4.00petang dan berkahir pada hari ahad jam 1.45 petang.

Rata-rata peserta yang menghadiri program ini adalah terdiri daripada Pengawas sekolah dan Nuqaba’. Ya, sudah tentu mereka yang menjadi Naqib sebahagian besar terdiri daripada pengawas sekolah. Boleh dikatakan sebahagian besar peserta adalah Pengawas sekolah dan selebihnya adalah pelajar-pelajar yang terpilih menjadi Naqib. Jadi, Peserta dalam program ini adalah mereka yang dipilih dikalangan pelajar-pelajar yang terpilih (cream of the cream). Saya menjangkakan pengendalian proram ini akan mencabar kerana peserta-pesertanya terdiri daripada insan yang terpilih (The Chosen People of Allah) diantara ratusan pelajar SMAKJ yang lain.

Tetapi, jangkaan saya meleset apabila tiba pada aktiviti pertama (Ice Breaking). Putera membuat sebuah bulatan, begitu juga puteri. Mereka perlu mengambil sehelai surat khabar setiap seorang dalam masa yang sepantas mungkin. Terkejut saya apabila melihat mereka menerkam surat khabar yang berada di tengah bulatan dengan begitu ‘ganas’ sekali sehingga koyak rabak helaian surat khabar tersebut (aku menggeleng kepala dan konfius). Terlintas di fikiran saya apakah mereka ini adalah dikalangan pemimpin pelajar di sekolah? Di manakah sifat kepimpinan mereka? Di mana ukhwah mereka? Di mana kematangan mereka? Jika mutu dan kualiti peserta dalam program sebegini, bagaimana pula keadaannya di asrama sana?
Sebenarnya, terlihat wajah mereka yag hadir dalam program ini, sangat mengembirakan hati saya. Inilah adik-adik sekolah SMAKJ yang pada suatu ketika dahulu, saya berada di tempat mereka. Sekolah yang penuh dengan kenangan, walaupun berada di sana hanya 2 tahun sahaja. Sekolah yang telah memeberikan ‘cahaya baru’ dalam hidup saya.

Berbalik kepada program. Aktiviti pada hari kedua berjalan lancar seperti biasa mengikut perancangan. Peserta didedahkan dengan kemahiran dan modul yang lebih mencabar daya kepimpinan dan daya kreativiti mereka. Pada waktu sebelah pagi, peserta didedahkan dengan Usrah yang berkesan. Segala bentuk tanggapan dan persepsi kuno tentang usrah diperbetulkan. Mereka diberi pendedahan dan dibuka skop pemikiran dan persepsi terhadap aktiviti-aktiviti usrah. Ya, usrah bukan hanya buat bulatan di surau, naqib baca silibus usrah (hadis,tafsir) sahaja. Ianya lebih dari sekadar itu. Saya berkata begini adalah pengalaman dahulu mengikuti Usrah di SMAKJ. Ya, itu dahulu, dahulu maksud saya 6 dan 7 tahun dahulu. Tetapi sudah 6 dan 7 tahun berlalu, perjalanan usrah masih lagi seperti dahulu kala. Cuma ada sedikit pembaharuan kini apabila sisstem usrah distrukturkan semula oleh Ustazah Atiqah. Saya tidak tahu banyak, tetapi kalau dahulu ahli usrah campur, kini usrah diasingkan mengikut tingkatan. Lebih mudah disampaikan pengisian usrah begini.

Aktiviti program pada sebelah petang pula memperlihatkan bagaimana kerjasama antara peserta membina dan menyiapkan rumah. Mereka boleh dikatakan ‘lulus’ dalam aktiviti ini. Seterusnya, slot debat yang menguji kebijaksanaan mereka dalam memikir, memilih dan mengeluarkan hujjah. Jika tajuk debat itu memang dikategorikan sebagai ‘intelek’, maka sudah tentu peserta boleh berhujjah dengan baik dan ilmiah. Maka, mereka diberikan tajuk yang sangat simple dan sangat ringan supaya menguji kebijaksanaan mereka dalam berhujjah dan mengemukakan bukti dan dalil yang releven. Malangnya, peserta gagal menunjukkan dan menyerlahkan keupayaan mereka dalam berdebat dengan ilmiah. Mereka kelihatan ‘syok’ dan ‘main-main’ walhal telah diberi peringatan di awal slot.

Pada waktu malamnya pula, merupakan salah satu daripada aktviti utama dalam program ini iaitu menyempurnakan puzzle. Sangat mudah tetapi agak sukar dan payah. Kami ingin melihat bagaimana prestasi peserta dalam memimpin kumpulan peserta yang ramai untuk menyiapkan sebuah puzzle yang ‘besar’ dalam keadaan tidak boleh bercakap, tidak boleh berdiri dan ditemani beberapa batang lilin sahaja. Hendak diringkaskan, pada malam ini sekali lagi tanggapan saya kepada peserta ini meleset. Tiada ketokohan dan figure yang menyerlah di kalangan peserta. Kebanyakkan mereka masih lagi ‘tidur’ dan ‘mamai’. Jangkaan saya adalah seorang peserta (ketua pelajar) akan memberikan isyarat kepada semua peserta lantas memimpin serta mengatur strategi untuk menyiapkan puzzle. Tetapi, semuanya ‘tidur’. Mereka lebih senang untuk diam membatu dan membiarkan beberapa orang sahaja yang menyiapkan puzzle tersebut. Aakah ini sahaja kekuatan yang ada pada pimpinan pelajar SMAKJ? Provokasi demi provokasi diberikan oleh fasilitator, tetapi mereka diibaratkan seperti pahat dan tukul. Banyak subsidi diberikan, antaranya, masa tambahan, lampu yg cerah, sebahagian boleh bercakap dan berdiri, tetapi masih tidak dapat lagi menyiapkannya.

Adakah hal ini disebabkan kurangnya jiwa dan semangat kepimpinan di kalangan mereka? Adakah mereka tidak faham dengan kehendak slot tersebut? jika tidak faham, adakah disebabkan pengendali slot tersebut kurang memuaskan hingga menyebabkan peserta tidak tahu apa yang sepatutnya dilakukan? Atau, adakah disebabkan mereka ini ‘lampi’ (lambat pick-up).

Walaupun masa diberikan selama satu jam, mereka masih lagi gagal untuk menyempurnakannya.

Saya sebenarnya tidak berniat untuk menceritakan tentang kekurangan dan nilai-nilai negatif sahaja. Walaubagaimanpun, masih terdapat tindakan dan respon positif dan memuaskan yang diberikan oleh peserta. Hendak diringkaskan, program pada malam ini berjalan dengan agak baik walaupun sedikit ‘tersasar’ dari perancangan.

Hari seterusnya merupakan hari terakhir program. Aktiviti dimulakan dengan Explorace. Modul-modul dan chek point yang ada dalam aktiviti ini merupakan konklusi terhadap segala aktiviti dan slot yang ada dalam program ini. Cumanya, ia dilakukan dengan lebih santai dan ceria bagi menyeimbangkan semula emosi dan psikologi peserta. Explorace berjalan dengan baik dan memuaskan. Di akhir program ini, di berikan satu ‘modul’ lagi kepada para peserta. Modul ini dikendalikan oleh sdr. Anuar. Modulnya tidak perlu saya jelaskan. Objektifnya adalah ingin melihat sejauhmana kepekaan dan ke ‘pick-up’-an peserta (pimpinan pelajar) yang sudah berada di akhir program. Kesimpulan dari modul tersebut, mereka masih lagi gagal untuk menunjukkan kepekaan mereka terhadap arahan yang diberikan.

Apa yang saya luahkan di sini adalah bagaimana mutu dan potensi kepimpinan yang dimiliki oleh pimpinan pelajar SMAKJ sekarang. Sekadar perkongsian bersama supaya kita mempunayai senstiviti untuk memperbaiki diri sendiri dan orang lain.


copied from: http://nanjah.blogspot.com/2008/06/sekolahku-yang-tercinta-part-1.html

About uS...?

actually, we're SMAKJianz from 16th generation.

Untuk menjadi ahli kehormat, anda hanya perlu meng'accept' 'invitation' yang telah dihantar oleh admin ke dalam peti e-mail anda.

Perhatian: Sila gunakan nama anda yang sebenar, atau nama yang dikenali.